Saudagar ilmu, banyak berliku...

Monday, 13 March 2017

Tentang saya

Assalamualaikum ;)
Nama saya  Naszrul Nizam bin Muhammad Radhi. Saya dilahirkan pada 23 Mei 1997. Saya berasal dari Jempol, Negeri Sembilan. Anak pertama dari 2 adik beradik.

Mak saya bernama Sugiati bt Satiran berumur 42. Berasal dari Jawa, Indonesia. Mak mula menetap di Malaysia sejak umurnya 12 tahun lagi kerana ingin bekerja disini bagi menyara kelansungan hidup. Pada umur mak saya 16 tahun, mak saya berkahwin dengan ayah kandung saya iaitu Muhammad Radhi bin Jamaluddin.

Namun, perkahwinan mereka tidak kekal kerana sewaktu saya berumur 3 tahun mak dan ayah saya bercerai. Sejak dari itu, saya jarang berjumpa dengan ayah, mahupun sekali sekala. Walaubagaimanapun, aku bersyukur mempunyai seorang ibu yang kuat menjaga kami.

Kakak saya yang bernama Noor Azlina meninggal dunia pada 10 Oktober 2005 kerana menghidapi penyakit barah otak. Kehilangan dia membuat kami sekeluarga terpukul kerana arwah merupakan seorang yang penyayang dan ceria. Namun, Allah lebih menyayanginya...

Kini, mak saya tinggal dengan suaminya bernama Asrul Hadi yang merupakan ayah tiri saya. Saya dikurniakan adik perempuan yang bernama Sri wahyuni yang kini belajar di tingkatan dua.

Saya pernah bersekolah di SMK Serting Hilir Kompleks dari saya tingkatan 2 hingga tingkatan 5. Banyak pengalaman menarik yang terjalin sewaktu zaman persekolahan. Disini jugalah saya mula belajar erti persahabatan dan kasih sayang.

Setelah tamat pengajian di sekolah, saya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dalam bidang perakaunan. Pada mulanya saya berasa amat takut kerana mungkin saya tidak mampu untuk mengikuti pelajaran disini kerana silibus pelajaran di Matrikulasi susah dan cepat. Namun berkat usaha dan doa saya berjaya graduasi dengan pointer 3.56.

Kini saya melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (kepujian) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sejujurnya macam tak sangka saya diberi peluang untuk belajar disini kerana UKM merupakan salah satu Universiti terbaik di Asia Tenggara dan Malaysia. Semoga usaha saya dapat membalas setiap titik keringat mak saya yang tumpah untuk membesarkan kami.

"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."




Sekian dari
NASZRUL NIZAM

2 comments: