Saudagar ilmu, banyak berliku...
Showing posts with label PANTUN. Show all posts
Showing posts with label PANTUN. Show all posts

Saturday, 25 March 2017

ALHAMDULILLAH KAMI NAIB JUARA !!! pesta pantun UKM part 2





HARI KEDUA
Pada pagi itu, kami bertemu sesama KKM iaitu KKM kilau manikam menetang KKM bicara kasih. Perlawanan pagi tersebut agak menyeronokkan bagi saya kerana kami sudah menegenali pihak lawan dan agak mudah untuk kami bergurau senda sepanjang perlawanan.

Alhamdulillah, KKM kilau manikam memenangi perlawanan tersebut dan saya dinobatkan pemantun terbaik perlawanan.hahaha gembira.

Kami layak ke final menentang KAB, KAB merupakan salah satu pasukan yang agak kuat keranan jurulatihnnya merupakan Pemantun UKM yang banyak pengalaman. 




Raptai kemasukan ke gelanggang Final
KAB berbaju coklat manakala KKM berbaju merah

Merdu alunan petikan gambus,
waina diakhir tingkah berhenti,
Titahnya sultan bagaimana ditebus,
Setia Mutakhir dihukum mati.

Laksamana Bentan membawa utusan,
Jauh belayar hingga bersama Panglima,
Sirnakah pancaran permata insan,
Sekadar dinilai di kertas cuma.



Video: Persembahan Pembukaan KKM

Pertarungan berlansung agak sengit dimana dua-dua kumpulan sama kuat. 
KAB soalannya agak susah. haahaha


Paluan rebana diiring bambang,
Ketukan cermat mengarak sultan,
Mampukah dicerna ilmu berkembang,
Ledakan maklumat tiada sekatan

Jong nahkoda berlabuh dkuala,
Berdagang gaharu dari jementah,
Nira bagaimana menjadi gula,
Belum seminggu mayangnya patah.


Alhamdulillah setelah selesai perlawanan. Keputusan mengumukan KAB juara keseluruhan. Namun, saya sedikit pun tidak berasa kecewa kerana pengalaman mewakili KKM ini merupakan hadiah paling bermakna.



alhamdulillah.

rakan sepasukan. Kiri Noranisha kan Izzy.

bicara manikam setiap bahasa dimadah kilaunya terang bak manikam.


Kami memenangi wang tunai RM100, trofi dan hamper.
Hadiah tersebut kami kongsi bersama manakala wang kami guna untuk makan bersama.



muka penat setelah dua hari berjuang. hahaha

Mendukung kalimah para pendeta
Amanah dijaga diseru pujangga
Tersirat hikayat seribu bahasa
Berkalung tafsiran tuntutan semesta

Paluan bergema tanda siaga,
Langkah diatur pencak dibuka,
Sakti ditiup ayuh bermula,
Gabung berempat cetus petaka`



sekian sahaja entri kali ini. Terima Kasih...

Pesta Pantun UKM part 1

Assalamualaikum ;)

Pada entri kali ini saya nak berkongsi pengalaman mewakili kolej dalam pesta pantun UKM.

Pertandingan ini diadakan setiap tahun ajuran Kolej Ibu Zain bertujuan menggilap bakat seni berpantun dalam kalangan pelajar.
Pada kali ini terdapat 7 buah kolej yang menghantar wakil melibatkan 8 buah kumpulan penyertaan iaitu.
1. Kolej Keris Mas (Kilau Manikam)
2. Kolej Keris Mas (Bicara Kasih)
3. Kolej Aminuddin Baki
4. Kolej Tun Hussein Onn
5. Kolej Ibrahim Yaakub
6. Kolej Tun Syed Nasir
7. Kolej Tun Dr. Ismail
8. Kolej Dato On

perlawanan final KKM menetang KAB


Pada mulanya agak gementar kerana saya lansung tiada pengalaman dalam berpantun. Kami terpilih untuk mewakili KKM kerana asas domain kami meletakkan pantun sebagai pilihan. Berkat usaha tak henti-henti berlatih akhirnya kami ada peningkatan.

Siang dan malam bertungkus lumus menyiapkan pantun

Mujur kawan yang lain ada pengalaman dalam berpantun, jurusan yang mereka pelajari di UKM juga sangat berkaitan dengan Bahasa Melayu. 

HARI PERTAMA
Perlawanan pertama kami melibatkan KKM vs KTHO. Alhamdulillah kami berjaya menewaskan KTHO dengan markah yang agak tipis. Kami tidak menyangka mampu menang pada perlawanan saringan pertama.

hujung Noranisha, tengah Izzy dan saya. Mereka merupakan rakan sepasukan.

Perlawanan kedua pula melibatkan KKM menetang KIY. Alhamdulillah kami memenanginya. Noranisha dinobatkan sebagai pemantun terbaik perlawanan tersebut.

bersama kumpulan KKM dan jurulatih Iwan.

Anak bupati menanam sawi,
Sayang diragut si lembu baka,
Bagaimana dibukti cinta pertiwi,
Sanggah tok janggut dituduh derhaka.


Perlawanan ketiga pula mempertemukan KKM menetang KDO. Alhamdulillah kami sekali lagi memenangi perlawanan tersebut. Kami merupakan juara Kumpulan A manakala juara kumpulan B ialah KAB.

Dara semantan moleknya tingkah,
Menari zapin menghibur tuanku,
Gasing kelantan bagaimana memangkah,
Sedang dimain tidak berpaku


Santapan dihidang berulam beka,
Dijamah laksamana bersama sultan,
Tinggikah lelayang pameran Melaka,
Sedang talinya di bumi Kelantan.


Berhembus bayu di laut China,
Berlayar serani di pandu pangeran,
Ketuanan melayu bukti di mana,
Sedang ekonomi dipegang imigran.




masih lagi sempat mencuri masa untuk berbincang 

kami teammate, kamilah penyambung amanat negara. gittewww

bukan hanya pantun yang menyatukan kita.


Alhamdulillah kami memenangi semua perlawanan. Kami berjaya mara ke final pada keesokan harinya.