Pada mulanya saya tidak yakin yang saya akan dapat tawaran temuduga kerana UKM merupakan salah satu UA ternama di Malaysia. Tapi, rezeki Allah Alhamdulillah saya mendapat panggilan temuduga di UKM bagi kemasukkan pelajar sesi 2016/2017.
Antara sebab saya memilih UKM kerana bahasa penghantar disini adalah bahasa Melayu. (sesi temuduga juga dalam bahasa melayu) dimana segala pelajaran dalam BM (kecuali subjek tertentu). Saya juga merupakan pelajar yang minat dalam bahasa.
Selain itu, tempoh pengajian saya hanya 3 tahun bagi jurusan Ekonomi. tempoh pengajian ini bergantung kepada jurusan.
UKM juga mudah untuk akses keluar di mana kita ada KTM UKM yang memudahkan pelajar pulang ke kampung halaman. Dan banyak lagi sebab saya meminati UKM.
Baiklah saya teruskan dengan temuduga di UKM.
Saya bertolak dari Seremban seawal jam 7.30 a.m walaupun temuduga saya belah petang kerana saya ingin menemani kawan saya kerana temuduganya sebelah pagi. Saya juga boleh bersiap sedia.
Pakaian pula haruslah pakaian formal iaitu kemeja lengan panjang bertali leher, seluar slack hitam dan berkasut. Manakala bagi perempuan pula haruslah memakai baju kurung atau baju formal yang sopan.
Perjalanan ke KTM UKM dari KTM Seremban mengambil masa 30minit. Setelah tiba di KTM UKM kami menaiki teksi ke Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. kira-kira 1.5km dari KTM. Setelah tiba di FEP kami disambut baik oleh penunjuk arah. Kami diminta daftar diri terlebih dahulu sebelum memulakan sesi temuduga pada jam 11.am.
Selepas mendaftar kami ditempatkan diruang menunggu. Sesi temuduga saya pada sebelah petang iaitu pada jam 2.30pm.
Sesi temuduga
Temuduga dijalankan secara berkumpulan di mana setiap kumpulan akan ada 4 orang yang akan ditemuduga sekali gus. Kumpulan ini akan dipilih secara rawak. Kami berempat dibawa masuk ke satu bilik yang mempunyai orang ahli penemu duga. Mereka berdua merupakan pensyarah di FEP.
Soalan pertama dari mereka, mereka meminta kami memperkenalkan diri seorang demi seorang.
Seterusnya mereka bertanya.
1. Mengapakah kamu memilih UKM?
2. Mengapakah kamu meminati subjek ekonomi?
3. Apakah yang kamu tahu tentang Research Universiti/ universiti penyelidikan?
4. Mengapakah UKM harus memiliki kamu sebagai pelajar?
Seterusnya sesi temuduga disambung dengan merungkai isu semasa. Pada kali ini kami mendapat isu TTPA iaitu PPA adalah perjanjian terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA menjadikan kesemua 12 negara yang terlibat boleh berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka.
soalannya.
1. Pada pandangan kamu, wajarkah TTPA dilaksanakan dan berikan sebab.
2. Apakah faedah dari TTPA.
Temuduga diteruskan lagi dengan 1 sesi soalan Bahasa Inggeris.
"As a student of UKM, what would you do to promote UKM as a cluster University?"
Soalan dalam temuduga adalah sangat rawak. Jadi, ia boleh berubah dari semasa ke semasa. Sedikit tips sebelum temuduga.
1. Kenal pasti misi dan visi UKM serta latar belakang UKM.
2. Ambil tahu isu semasa yang berhubung kait dengan jurusun pilihan anda.
3. Banyakkan berlatih bercakap dengan lancar kerana dalam sesi temuduga kita dinilai berdasarkan tanggapan.
4. Jangan gemuruh, tenang dan semuanya akan lancar Insha Allah.
Dan Alhamdulillah. Saya berjaya mendapat tawaran sementara yang mengatakan saya telah lulus temuduga di UKM.
Sekian sahaja entri kali ini. Jika terdapat keraguan atau persoalan mengenai UKM sila komen di bawah. Semoga berjaya !
Instagram; nnaszradhi
Twitter: @naszrulnizam
Facebook: Naszrul Nizam
mcm mne dgn interview kos pengajian arb ? ada kne ckp arab jgk la eh?
ReplyDeleteCuba tgk sufia laa punya blog.. Die ckp kene ckp bahasa arab juga
DeleteNak tanya, interview kena bawak apa2 ke?
ReplyDeleteSelalunya bila keputusan kita lulus temuduga tu keluar?
ReplyDeleteIv kna bw surat tawaran yg kita print sendiri, sijil ori dn fotostat...dn sah kn, surat beranak, ic dan salinan ic ibu bapa
ReplyDeleteAssalam. Sijil ori tu sijil apa ya?😅
Deletehi nak tanya, klu psikologi pengajaran dia dalam bm ke bi?
ReplyDeletehai nak tanye...kalau lulus interview kite kne check melalui upu jgk ke?
ReplyDeletehai mau tnya , macam mana dengan kos sukan ? adakah soalan-ii nya mengenai isu semasa juga atau fokus kpda sukan yg trdpt dlm ukm itu sndri ��
ReplyDeleteSama laa kito bosss , aku lus a iv sukan
ReplyDelete
ReplyDeleteSalam.
Kepada:
Yang dihormati para rektor universiti, para akademik, para agamawan dan para mahasiswa.
Bersama-sama ini disertakan sebuah rencana berjodol: Kebebasan beragama dan paksaan bermazhab di Malaysia untuk renungan. Diambil dari laman: almawaddah. info
Sekian, terima kasih wa afwan.
Daripada:
Pencinta al-Qur'an dan Perlembagaan Malaysia.
https://drive.google.com/file/d/1ceNbTDRqcvllijZqRRUHQiHEexIRVxDT/view?usp=drivesdk.
assalamualaikum , saya nak tanya
ReplyDeleteselamat atau tak kita letak pilihan utama kita untuk buat rayuan - iaitu kos yang mempunyai interiew contohnya seperti di UKM , banyak kos yang saya minat namun perlu melalui interview.