Pada entri kali ini saya nak berkongsi pengalaman mewakili kolej dalam pesta pantun UKM.
Pertandingan ini diadakan setiap tahun ajuran Kolej Ibu Zain bertujuan menggilap bakat seni berpantun dalam kalangan pelajar.
Pada kali ini terdapat 7 buah kolej yang menghantar wakil melibatkan 8 buah kumpulan penyertaan iaitu.
1. Kolej Keris Mas (Kilau Manikam)
2. Kolej Keris Mas (Bicara Kasih)
3. Kolej Aminuddin Baki
4. Kolej Tun Hussein Onn
5. Kolej Ibrahim Yaakub
6. Kolej Tun Syed Nasir
7. Kolej Tun Dr. Ismail
8. Kolej Dato On
perlawanan final KKM menetang KAB
Pada mulanya agak gementar kerana saya lansung tiada pengalaman dalam berpantun. Kami terpilih untuk mewakili KKM kerana asas domain kami meletakkan pantun sebagai pilihan. Berkat usaha tak henti-henti berlatih akhirnya kami ada peningkatan.
Siang dan malam bertungkus lumus menyiapkan pantun
Mujur kawan yang lain ada pengalaman dalam berpantun, jurusan yang mereka pelajari di UKM juga sangat berkaitan dengan Bahasa Melayu.
HARI PERTAMA
Perlawanan pertama kami melibatkan KKM vs KTHO. Alhamdulillah kami berjaya menewaskan KTHO dengan markah yang agak tipis. Kami tidak menyangka mampu menang pada perlawanan saringan pertama.
hujung Noranisha, tengah Izzy dan saya. Mereka merupakan rakan sepasukan.
Perlawanan kedua pula melibatkan KKM menetang KIY. Alhamdulillah kami memenanginya. Noranisha dinobatkan sebagai pemantun terbaik perlawanan tersebut.
bersama kumpulan KKM dan jurulatih Iwan.
Anak bupati menanam sawi,
Sayang diragut si lembu baka,
Bagaimana dibukti cinta pertiwi,
Sanggah tok janggut dituduh derhaka.
Perlawanan ketiga pula mempertemukan KKM menetang KDO. Alhamdulillah kami sekali lagi memenangi perlawanan tersebut. Kami merupakan juara Kumpulan A manakala juara kumpulan B ialah KAB.
Dara semantan moleknya tingkah,
Menari zapin menghibur tuanku,
Gasing kelantan bagaimana memangkah,
Sedang dimain tidak
berpaku
Santapan
dihidang berulam beka,
Dijamah
laksamana bersama sultan,
Tinggikah
lelayang pameran Melaka,
Sedang
talinya di bumi Kelantan.
Berhembus
bayu di laut China,
Berlayar serani di
pandu pangeran,
Ketuanan melayu bukti
di mana,
Sedang ekonomi dipegang
imigran.
masih lagi sempat mencuri masa untuk berbincang
kami teammate, kamilah penyambung amanat negara. gittewww
bukan hanya pantun yang menyatukan kita.
Alhamdulillah kami memenangi semua perlawanan. Kami berjaya mara ke final pada keesokan harinya.
No comments:
Post a Comment