Saudagar ilmu, banyak berliku...

Tuesday, 23 May 2017

Pengalaman Melawati Masjid Putrajaya




Assalamualaikum. Pada entri kali ini mungkin simple sahaja sebab Nas nak cerita sedikit tentang Masjid Putrjaya yang Nas lawat haritu. Pada mulanya Nas tak rancang nak pergi ke masjid Putrajaya tapi kawan Nas bawak sebab kami baru balik dari kerja lapangan di putrajaya. Maka terhasilah entri pada kali ini hehe.

SEJARAH MASJID PUTRA

Masjid Putra dinamakan ini sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya.

Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Masjid ini mula dibina pada Jun 1997 dan siap serta diserahkan kepada JAKIM pada 1 September 1999 iaitu selama 2 tahun.

Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Kawasan masjid bermula masuknya di Pintu Utama sehinggalah ke dalam kawasan masjid. Manakala Dataran Putra dan Souq tidak berada dalam lingkungan kawasan masjid.

Arkitek yang membina masjid ini iaitu Y. Bhg. Dato’ Dr. Nik Mohamad Bin Mahmood dari Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Kos pembinaan masjid ini menelan belanja kira-kira RM250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM100 ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu.

Masjid Putra bersebelahan bangunan pentadbiran
ARAS BAWAH DUA : menampilkan imej pertahanan yang kuat dimana  bahagian bawahnya dihias dengan dinding dan benteng yang didirikan  disekeliling aras ini untuk memberi gambaran keteguhan.

ARAS BAWAH : menggambarkan konsep terbuka dimana tiang berbentuk payung dan ukiran yang direka (masyrabiah) dapat memberi perlindungan 
daripada hujan dan panas serta membolehkan pengudaraan semulajadi. Konsep Masjid Putra yang terbuka ini juga membolehkan kesinambungan antara saf dalam dan saf luar.

ARAS SATU DAN BUMBUNG : mengandungi 8 buah kubah kecil yang membentk 4 penjuru dewan solat utama. Disekeliling aras tersebut, konsep terbuka jelas kelihatan dengan adanya tingkat-tingkat besar 
yang dihiasi dengan masyrabiah.

16 TUDUNG KONKRIT : mengelilingi aras yang mana bermulanya kubah Puncak kubah ini dihiasi dengan mercu tajam yang menghala ke langit.

Tapi Nas hanya sempat melawat Aras satu berbumbung sebab hari pun dah dekat nak petang.
Ruang legar Masjid Putra

pandangan Masjid Putra dari dalam

Terlihat jambatan Putrajaya dari sisi Masjid Putra

Oklah. sampai sini sahaja entri Nas. terima Kasih sudi melawat. bye !





No comments:

Post a Comment