Saudagar ilmu, banyak berliku...

Tuesday, 23 May 2017

KMNS dimataku..

Gambar ini diambil sewaku hari terakhir saya di KMNS


Assalamualaikum. entri ni Nas nak listkan 5 perkara yang Nas paling rindu tentang Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Untuk pengetahuan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan terletak di Kuala Pilah. Kira-kira 40 minit dari Seremban. Selepas Nas habiskan belajar di SMK Serting Hilir Kompleks, Alhamdulillah Nas dapat tawaran sambung belajar di KMNS dalam jurusan perakaunan.

Nombor 5
Nas rindu sangat-sangat makanan dekat KMNS. Kalau korang nak tahu makanan kat KMNS ni dah la sedap. Murah pulak tu.Kire boleh survive la duduk sini. Contoh kalau ambil nasi lauk ayam, dengan kuah baru RM3. Dia tak boleh letak harga tinggi-tinggi kepada pelajar kerana harga makanan di bawah pantauan pentadbir.

Gambar kami berbuka puasa di kafee

Nombor 4
Nas rindu dekat suasana belajar di KMNS. Jujur, belajar di Matrik memang orang kata susah. tapi bagi Nas insha Allah jika kita betul-betul pasang niat dalam hati untuk datang sini belajar, Allah akan mudahkan. Bayangkan 1 minggu satu bab, mau meletup kepala dibuatnya ! belum lagi tutorial kelas itu kelas ini, event lagi. tapi korang jangan risau, korang takkan sensorang, kawan ada setia membantu korang.


Nombor 3
Nas rindu nak outing dengan kawan-kawan. Ingat dulu, kami hanya dibenarkan keluar matrik pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. oleh itu, masa yang ada kami gunakan sebaik mungkin untuk keluar. Tapi Kuala Pilah ape adeje. hahaha. jadi kami pun gigih sewa kereta dan jalan-jalan ke Seremban. Karaoke dan tengok wayang. rindunyaaa nak ulang semua tu.



Nombor 2
Nas rindu sangat-sangat cikgu dekat KMNS. Jujur dari hati Nas, cikgu dekat KMNS antara cikgu paling banyak berkorban untuk pelajar. Mana taknya, habis kuliah dalam pukul 4 petang start petang tulah cikgu-cikgu ni sanggup layan pelajar. Pelajar bukan sikit, ramai pulak tu. Sorang-sorang jumpa dia. Adakala sampai magrib sesi soal tanya dieorang, tapi sikit pun cikgu ni mengharap balasan. Ya Allah kau tempatkanlah mereka di Syurga Mu. Aminnnn

Nombor 1
Dan perkara Nas paling rindu sekali mestilah kawan-kawan. Jujur Nas tak ramai kawan dekat sekolah. Tapi bila masuk matrik hanya Allah yang tahu betapa bestnye korang. Bonding di matrik memang takkan dapat kat mana, kau susah aku susah, kau gelak aku gelak. terutama classmate nas A5P3. Hmm hanya Allah tahu betapa rindunya Nas dekat korang.




YA ALLAH KAU RAHMATILAH KAMI, JADIKAN KAMI INSAN BERGUNA SUPAYA KAMI DAPAT BERBAKTI KEPADA IBU DAN BAPA KAMI. AMINNNNNNNN

Pengalaman Melawati Masjid Putrajaya




Assalamualaikum. Pada entri kali ini mungkin simple sahaja sebab Nas nak cerita sedikit tentang Masjid Putrjaya yang Nas lawat haritu. Pada mulanya Nas tak rancang nak pergi ke masjid Putrajaya tapi kawan Nas bawak sebab kami baru balik dari kerja lapangan di putrajaya. Maka terhasilah entri pada kali ini hehe.

SEJARAH MASJID PUTRA

Masjid Putra dinamakan ini sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya.

Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Masjid ini mula dibina pada Jun 1997 dan siap serta diserahkan kepada JAKIM pada 1 September 1999 iaitu selama 2 tahun.

Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Kawasan masjid bermula masuknya di Pintu Utama sehinggalah ke dalam kawasan masjid. Manakala Dataran Putra dan Souq tidak berada dalam lingkungan kawasan masjid.

Arkitek yang membina masjid ini iaitu Y. Bhg. Dato’ Dr. Nik Mohamad Bin Mahmood dari Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Kos pembinaan masjid ini menelan belanja kira-kira RM250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM100 ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu.

Masjid Putra bersebelahan bangunan pentadbiran
ARAS BAWAH DUA : menampilkan imej pertahanan yang kuat dimana  bahagian bawahnya dihias dengan dinding dan benteng yang didirikan  disekeliling aras ini untuk memberi gambaran keteguhan.

ARAS BAWAH : menggambarkan konsep terbuka dimana tiang berbentuk payung dan ukiran yang direka (masyrabiah) dapat memberi perlindungan 
daripada hujan dan panas serta membolehkan pengudaraan semulajadi. Konsep Masjid Putra yang terbuka ini juga membolehkan kesinambungan antara saf dalam dan saf luar.

ARAS SATU DAN BUMBUNG : mengandungi 8 buah kubah kecil yang membentk 4 penjuru dewan solat utama. Disekeliling aras tersebut, konsep terbuka jelas kelihatan dengan adanya tingkat-tingkat besar 
yang dihiasi dengan masyrabiah.

16 TUDUNG KONKRIT : mengelilingi aras yang mana bermulanya kubah Puncak kubah ini dihiasi dengan mercu tajam yang menghala ke langit.

Tapi Nas hanya sempat melawat Aras satu berbumbung sebab hari pun dah dekat nak petang.
Ruang legar Masjid Putra

pandangan Masjid Putra dari dalam

Terlihat jambatan Putrajaya dari sisi Masjid Putra

Oklah. sampai sini sahaja entri Nas. terima Kasih sudi melawat. bye !





Saturday, 13 May 2017

One of the "Best Film" in the world..


Kasih bapa sepanjang masa......
Assalamualaikum. entri kali ini Nas akan berkongsi filem kegemaran Nas. Filem ni Nas boleh kategorikan "almost perfect". Nas merupakan peminat filem, dan ini antara paling terbaik. serius korang wajib tengok!!!



SINOPSIS
Film Korea Miracle in Cell No.7, menceritakan seorang ayah bernama Lee Yong Goo (Ryoo Seung-Ryong), yang memiliki keterbelakangan mental. Namun dia begitu menyayangi anaknya Ye Sung (Park Shin Hye dan Kal So-won) yang berusia 6 tahun. Suatu hari, Ye Sung ingin membeli sebuah beg kuning bergambar Sailor Moon, tetapi beg tersebut hanya tinggal satu dan sudah dibeli oleh anak ketua polis. Kemudian ayahnya menjanjikan untuk membeli beg itu.



         Pada suatu saat anak ketua polis yang membeli beg itu, berbicara pada ayahnya Ye Sung. Dia mengetahui dimana ayahnya Ye Sung boleh mendapatkan beg yang sama seperti anak ketua polis itu beli, anaknya menyuruh ayahnya Ye Sung mengikutinya. Pada saat mengikuti anak anak ketua itu, anak itupun terjatuh. Ini menyebabkan, ayahnya Ye Sung terjebak  dengan tuduhan melakukan penculikan, kekerasan seksual, hingga pembunuhan pada anak seorang anak ketua polis tersebut, anak yang telah membeli beg terakhir yang Ye sung dan ayahnya inginkan.

   serius korang kena engok sendiri. nas dah link kan youtube di atas..

p/s: sediakan tisu

SKRIP- Sebelum Takbir Kumandang

foto by Naszrul Nizam

2.0 SKRIP

FADE IN.

1. INT- BILIK TIDUR- PAGI

SYUKRI
“Astagafirullah haladzim, ya Allah apa yang aku mimpi ni ya Allah”

Syukri terjaga dari tidur. Satu badannya berpeluh. Dia sambil terduduk lalu mengelap peluh di mukanya. Syida juga terjaga.

MILA
(suara mamai)
“abang kenapa ni? Kenapa berpeluh-peluh ni?”

SYUKRI
Sambil mengesat peluhnya
“abang mimpi buruk.”

MILA
“mimpi apa?”

SYUKRI
“Nantilah abang cerita.”

Jam penggera pun berbunyi menunjukkan jam 4.00 pagi.

SYUKRI
(sambil mematikan penggera telefon pintarnya)
“Dah bangun-bangun. Siap-siap sahur.”

CUT TO.

2. INT-RUANG MAKAN- WAKTU SAHUR

MILA
(sambil mencedok nasi ke pinggan suaminya)
“abang mimpi apa malam tadi ceritalah. Badan awak sampai berpeluh macam tu.”

SYUKRI
“sayang, petang ni kita gerak terus balik kampung boleh tak?”

MILA
(terkejut sambil menghempas cedoknya)
“kenapa tiba-tiba ni bang, kan tahun ni kita dah rancang nak balik rumah saya!”

SYUKRI
“Setiap tahun balik rumah awak. Tak boleh ke tahun ni kita balik Tersang?”

MILA
(bangkang)
“kenapa tiba-tiba ni bang. sebelum ni, tak pernah macam ni?”

Syukri tergamam dengan pertanyaan Mila. Tunjukkan Syukri hanya terdiam, sementara Mila mula berfikir bukan-bukan.

MILA
(pasrah)
“abang tak ingat apa yang berlaku 7 tahun dulu?”

SYUKRI
“sebab perkara ni berlakulah saya takkan biarkan jadi selamanya. Mereka tetap mak ayah saya.”

MILA
“tapi… saya malu, bang….”

Syukri pantas memegang tangan isterinya itu.

SYUKI
(suara memujuk)
“saya akan pastikan mereka tak sakiti hati awak. Saya janji. Tapi, tolonglah kita balik rumah mak.

Mendengar rayuan suaminya itu membuatkan hati Mila luntur. Dia akhirnya akur dengan permintaan suaminya itu.

HARIZ
(tertanya-tanya)
“abah, kita tak raya kat rumah tokwan ke? Tersang tu kat mana abah?”

SYUKRI
“tahun ni, kita raya dekat rumah tokmak ye sayang. Tersang tu dekat Pahang.

HARIZ
“ala, ariz nak mandi sungai. Dekat rumah tokmak ada sungai tak abah?”

SYUKRI
“dekat rumah tokmak ada air terjun. Lagi best. Nanti abah bawak Hariz.

MILA
“dah-dah, makan nasi tu. Nanti adzan kang baru menyesal.”

Mila hanya memerhati gelagat anaknya. Jelas perasaannya bercampur-campur. Dia masih terkesan apa yang berlaku 7 tahun yang lalu.

CUT TO

3. INT- GARAJ-PAGI

Seperti hari-hari biasa, sudah menjadi rutin Mila membebel di waktu pagi. Menyiapkan Hariz ke sekolah adakalanya mengambil masa yang lama. Setiap hari ada sahaja perkara yang tak kena.

MILA
“Ya Allah, semalam baru mak buka stoking tu. Bau kedai lagi. Mana pergi sekarang?”

HARIZ
“tak tahulah mak, hariz rasa orang curi.”

MILA
“Siapalah nak curi stoking kau Hariz hoi. Lingkup mak hari-hari stoking baru. Ingat beli guna daun ke?

Mila mencapai stoking baru di almari kasut garajnya.

MILA
(sambil menghulurkan stoking baru)
“Ni last hariz, kalau hilang lagi nanti. Mak taknak beli dah. Biar pergi sekolah tak pakai stoking.

HARIZ
“yela-yela”

CUT TO

4. INT- DALAM KERETA-PAGI

MILA
“Nanti waktu tunggu mak dekat kantin tau. Jangan beli makanan dulu.”

Hariz leka dengan telefon pintarnya.

BCU- TELEFON

MILA
“Eh, dengar tak mak cakap apa ni?”

HARIZ
“ye mak. Dengar. Bawa lauk banyak sikit tau. Nanti ada kawan yang minta.

MILA
“ye nanti mak bawa nasi lebih sekali.”

Tiba tiba Mila melihat khemah perkahwinan sehala menuju ke sekolah hariz.

MILA
(vo)
“Siapa yang kahwin tu.”

CUT TO FLASHBACK

5.  A INT - RUANG TAMU RUMAH MILA - SIANG

SYUKRI
“Mana mak abah?”

HAJI FUAD
“Mak kamu tak sihat. Dah-dah jangan hiraukan dia. Kamu ni lagi sejam lagi nak akad nikah.”

SYUKRI
“Kenapa mak buat Syukri macam ni abah!”

HAJI FUAD
“Dah jangan fikirkan dia tu. Abah ada kat sini. Walauapapun terjadi kau tetap anak kami Syuk.”

SYUKRI
“Syuk tak sangka sampai macam ni mak sanggup buat dekat Syuk. Apa kurangnya Mila di mata mak abah?”

Syukri lantas memeluk abahnya. Dia tidak dapat menahan air mata yang bertakung di matanya.

HAJI FUAD
“Sabarlah nak. Abah bagi restu. Berbahagialah kamu berdua.”

CUT TO PRESENT.

4B. INT- DALAM KERETA-PAGI

HARIZ
“mak, oh mak!”

Mila terjaga dari angannya.

MILA
“Ye!”

HARIZ
“Dengar tak Hariz kata apa tadi?”

MILA
“Ape tadi mak tak perasan?”

CUT TO.

6. INT - RUANG TAMU - PETANG

Hajah Salmah termenung ke luar tingkap. Fikirannya bercampur-campur. Namun hanya satu perasaan yang jelas iaitu kerinduan terhadap anaknya.

Lalu didatangi Asyura yang mencapai alat kawalan jauh televisyen.

ASYURA
(bunyi mengusik)
“amboi mak, termenung sampai pecah tingkap tu. Apa lagi yang difikirkannya.”

HAJAH SALMAH
(gusar)
“Mak rindu abang kau Syira. Bilalah dia nak balik lawat kita. Hmmm.”

ASYURA
(suara memujuk)
“Nanti Syira cuba call abang long, mak janganlah sedih-sedih lagi.”

HAJAH SALMAH
“Mak tahu mak penah buat salah Syira, tapi janganlah hukum mak macam ni.

Asyura mencapai erat tangan ibunya itu dengan genggaman suam. Kehadiran Asyura di dalam keluarga memang penawar hati Hajah Salmah walaupun mereka tiada ikatan darah. Haji Fuad pula tiba dengan barang dapur yang dibelinya.

HAJI FUAD
(sinis)
“Alah, kau bukan tak tau mak kamu ni Syira. Ego masing tahap dewa. Cubalah di telefon Syukri. Kalau Mah yang call lembutlah hati anak tu.”

HAJAH SALMAH
“Eh abang, salahkan kita pula. Dah lah Mah nak ke dapur nak masak untuk berbuka. Nanti melopong pula takde makanan.”

HAJI FUAD
“Ha, elok la tu. Syira ambil ni bawak pergi dapurr. Tolong mak kamu masak. Abah tak solat Asar lagi.”

Asyura pun mencapai beg plastic dari tangan ayahnya itu lalu bergerak ke dapur.

CUT TO.

7. INT - DALAM KERETA - PETANG

Syukri sekeluarga dalam perjalanan pulang ke kampung.

MILA
(sambil bermain telefon pintar)
“abang tak cerita lagi apa yang abang mimpi malam tadi. Ni pun tiba-tiba balik kampung Mila tak tahu kenapa.”

CUT TO FLASHBACK

8. A. INT-RUANG TAMU- TENGAH HARI

HAJAH SALMAH
(mengeluh)
“Abang, Mah rindu la anak-anak. Abang tak boleh pujuk mereka ke? Dah lama mereka tak balik. Mah rindu cucu-cucu Mah.”

HAJI FUAD
(sambil menukar siaran televisyen)
“Awak tulah, saya dah cakap dulu. Biarkan aje mereka kahwin. Ini tidak, sibuk nak jodoh kan dia dengan anak Ina tu. Mereka dah besar, bukan kecil lai awak nak jodoh-jodohkan.”

HAJAH SALMAH
“Alah bang, Mah tahu Mah salah. Dulu kecil-kecil beria si Syukri bercinta dengan anak si Ina tu. Mah pun memang dah berkenan lama. Abang bukan tak tahu Mah dengan Ina rapat macam mana.”

HAJI FUAD
(meletakkan remote kawalan jauh)
“tu waktu kecil-kecil Mah, sekarang ni dah besar. Tengok lepas kamu merajuk kononnya waktu kenduri, sekarang ni Syukri nak balik pun tak nak dah. Ha, padan muka dengan kamu.”

HAJAH SALMAH
(mengeluh)
“yelah bang. Saya yang salah dulu. Tak akan lah sampai sekarang mereka nak memendam rasa. Mah rindu mereka bang. Abang cubalah pujuk si Syukri tu balik.”

HAJI FUAD
“Baiklah, nanti abang call dia.”

CUT TO PRESENT.

9. INT - DALAM KERETA - PETANG

MILA
(tertanya-tanya)
“lepas tu, apa yang jadi?”

HARIZ
(menyampuk)
“Mama, Hariz penatlah. Haus.

MILA
“Abang jangan nak mengada, dah darjah 1. Tak malu dengan Syafa ke anak cik Ani tahun lepas dia puasa penuh.”

HARIZ
“Ala, Syafa tu puasa setengah hari je. Dia bagitahu Ariz.”

MILA
“Lagi pun dah petang ni, sayang kalau nak buka sekarang.”

SYUKRI
“Kalau abang puasa penuh tahun ni, papa kan dah janji nak belikan basikal. Takpelah kalau abang nak ponteng harini, tapi takde lah basikal ye.”

CUT TO FLASHBACK

8. B. INT - RUANG TAMU - MAGHRIB, LEPAS BERBUKA

Sementara menunggu Hajah Salmah dan Asyura bersiap untuk ke masjid, Haji Fuad cuba menelefon anaknya Syukri. Berkali-kali juga Haji Fuad mencuba akhirnya panggilan itu diangkat oleh Syukri.

HAJI FUAD
“Hello, Assalamualaikum. Syukri ke ni?”

SYUKRI
“Waalaikum salam abah Syukri ni. Ye abah ada apa?”

HAJI FUAD
“Kamu sihat Syuk, Abah dengan mak rindu kamu sekeluarga. Mak kamu tu, tiap-tiap hari menungkan kamu. Tahun ni tak balik juga ke?”

SYUKRI
“Alhamdulillah sihat bah. Syuk tak tahu nak kata macam mana bah. Syuk takut mak tak boleh terima lagi anak bini Syuk.”

HAJI FUAD
“Yang lepas tu biarlah lepas Syuk. Dah bertahun kamu merajuk. Mak kamu tu rindu, cuma ego dia tinggi nak call kamu. Kamu bukan tak kenal mak kamu macam mana.”

HAJAH SALMAH
“Bang, Mah dengan Syu dah siap. Jom.”

Melihat Hajah Salmah dan Asyura telah siap. Haji Fuad pun meletakkan telefon.

HAJI FUAD
“Ok Syuk, nanti kita sembang lagi ya nak. Abah dengan mak kamu nak ke masjid. Asalamualaikum.”

SYUKRI
“waalaikum salam.”

Hajah Salmah tertarik dengan perbualan mereka.

HAJAH SALMAH
(tertanya-tanya)
“Syukri kata apa bang? nak dia balik raya ni?”

HAJI FUAD
“Dia nak kamu yang call dia. Dah-dah jom kita gerak dah lambat ni.”

Hajah Salmah termenung seketika dengan kata suaminya itu. Perasaannya berbolak balik, dapatkah perasaan rindunya mengatasi ego yang lama dia pendam.

CUT TO.




8. C INT - RUANG TAMU - PAGI

Hajah Salmah termenung sambil memegang telefon bimbitnya. Dia buntu dengan ego dan akhirnya jari jemarinya menyentuh kaca layar telefonnya dan ralit mencari nombor Syukri. Berkali-kali juga dia cuba membuat panggilan akhirnya diangkat oleh Syukri.
SPLIT SCREEN

HAJAH SALMAH
(nada kekok)
“Assalamualaikum, ni Syukri ye?”

SYUKRI
“Waalaikumsalam, ye mak. Syukri ni.”

HAJAH SALMAH
“Kamu sihat Syuk?”

SYUKRI
“Alhamdulillah sihat mak. Mak sihat?”

HAJAH SALMAH
“Macam ni lah Syuk. Sihat-sihat tua.

Hajah Salmah tidak dapat menahan air mata yang bertakung di matanya. Nadanya berubah sebak.

HAJAH SALMAH
(sebak)
“Baliklah nak, apa yang fikirkan. Mak tahu mak salah, janganlah hukum mak macam ni Syuk. Dah bertahun kamu merajuk ni.”

SYUKRI
“Maafkan saya mak, saya takut mak tak dapat terima anak bini saya.”

HAJAH SALMAH
“Biarlah perkara yang berlalu Syuk, mak nak kamu balik raya ni. Bawaklah menantu dengan cucu mak. Mak dah tua Syuk, baliklah nak.

SYUKRI
“insha Allah Syuk cuba bincang dengan bini Syuk. Dah mak jangan nangis dah.”

HAJAH SALMAH
“mak dah tak kisah semua tu nak. Janganlah hukum mak macam ni.”


SYUKRI
“saya faham mak. Saya juga sedih apa yang berlaku dulu.”

HAJAH SALMAH
“yang dah jadi biarlah jadi nak. Walauapapun, kamu tetap anak kami.”

SYUKRI
“Maafkan Syukri mak. Syuk usahakan balik raya tahun ni. Mak Syuk tengah kerja. Nanti Magrib Syuk call balik ye.”

Sejurus selepas Hajah Salmah meletakkan telefon, Asyura hanya memerhati dari jauh. Jelas diwajahnya terpalit senyuman kesyukuran melihat ibunya begitu. Asyura pun menghampiri ibunya dengan pura-pura tiada apa yang berlaku.

ASYURA
(tertanya-tanya)
“Mak call sape tadi?”

Hajah Salmah mengesat air matanya.

HAJAH SALMAH
“Abang kamu Syira, insha Allah raya tahun ni dia balik.”

ASYURA
(nada teruja)
“Yeke mak. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa Syira hari-hari.”

HAJAH SALMAH
“Alhamdulillah. Dah beli barang mak suruh tadi?”

ASYURA
“Dah ni ha. Ha, tadi waktu Syira ke kedai Ragu, Syira jumpa Cik Eton. Dia mintak hantar kain cepat sikit, takut tak sempat siap raya ni.”

HAJAH SALMAH
“Ya Allah, mak betul-betul lupa. Ha, nanti mak bincang dengan ayah kamu bila nak keluar. Raya tahun ni mak nak masak lebih sikit. Nanti kamu tolong ya.”

CUT TO PRESENT.

10.         INT - DALAM KERETA - PETANG

Perjalanan menuju ke Raub masih lagi jauh. Syurki leka menceritakan apa yang berlaku dalam mimpinya membuat dia tiba-tiba ingin pulang ke kampung.

MILA
“entahlah bang. Bila ingat balik apa yang berlaku 7 tahun lepas hati saya sakit bang. Sanggup mak tak datang akad nikah kita sebab mak tak suka saya.”

SYUKRI
“Abang pun sedih. Abang tak sangka mak nak macam tu sekali jodohkan abang dengan pilihan hati dia.”

MILA
(bunyi mengusik)
“Yela, dulu bukan awak ke kemain bercinta sakan dengan si Wada tu waktu sekolah. Haha.”

SYUKRI
“Tu waktu sekolah. Sekarang dia pun dah kahwin dengan si Ramli tu. Kawan saya waktu main bola. Haha.”

HARIZ
(menyampuk)
“oh, papa pun ada awek waktu sekolah ye.”

SYUKRI
“Hai, menyampuk pula budak ni. Tidur-tidur. Jauh lagi nak sampai.”

CUT TO FLASHBACK

8 D. INT-RUANG MAKAN-MAGRIB

Haji Fuad sekeluarga sedang membuka puasa. Sedang asyik mereka menjamu selera Hajah Salmah pun membuka bicara.

HAJAH SALMAH
“apalah agaknya Syukri buka puasa harini ye bang.”

Asyura dan Haji Fuad saling memandang antara satu sama lain.

HAJI FUAD
“Ha, mulalah tu. Bila suruh call anaktu tak nak. Saya heran dengan kamu ni Mah.”

HAJAH SALMAH
“Saya dah call semalam. Tapi itulah, dia tak janji boleh balik bang.”

HAJI FUAD
“Mungkin mengejut sangat tu. Dia mungkin dah rancang balik rumah Mila.”

HAJAH SALMAH
“Bang, kalau kita jenguk dia kat sana tak boleh ke?”

HAJI FUAD
“Eh, kamu ni. Bukan abang taknak, anak awak tu sibuk memanjang. Lagi satu saya bukan tahu sangat jalan bandar-bandar tu. Nanti tak pasal-pasal susahkan orang pula.”

Asyura memerhati air muka ibunya berubah.

ASYURA
“Mak sedaplah ayam masak merah ni. Nanti simpan sikit buat sahur boleh?”

BCU- ayam masak merah

Asyura cuba menukar topik perbualan.

HAJAH SALMAH
“takpe kalau ni habis mak masak lagi sahur nanti.”

ASYURA
“Mak, kain baju raya bila nak beli. Nanti tak berbaju pula raya nanti.”

HAJAH SALMAH
“Mak lupa ha bang. bila nak keluar ke pekan? Marah pulak nanti eton hantar kain last minit.”

HAJI FUAD
“Sabtu depan kita keluar pekan. Tahun ni abang pakat dengan Atan nak buat lemang.”

HAJAH SALMAH
“rendang pun kena buat lebih sikit ni. Nanti ingatkan mak Syura listkan senarai barang kita nak beli.”

CUT TO PRESENT.

11.         INT - DALAM KERETA - PETANG

Perjalan menuju ke Felda Tersang masih lagi jauh. Menceritakan mimpinya sedikit sebanyak menghilangkan ngantuk Syukri memandu kereta.

MILA
“nanti kita berbuka dekat mana bang?”

SYUKRI
“Entahlah yang. Tengoklah nanti kedai makan mana-mana.”

MILA
“Ariz nak berbuka apa?”

HARIZ
“Nak makan KFC.”

MILA
“Takde KFC-KFC. KFC tutup.”

HARIZ
“Tadi mak yang tanya. Bila jawab, tak boleh pula.”

SYUKRI
“Hahaha, yelah. Kita berbuka dekat KFC.”

HARIZ
“Yeah!”

MILA
“Abang ni manjakan sangat Ariz ni.”

SYUKRI
“Alah yang. Sekali sekala. Bukan hari-hari kita makan luar ni.”

HARIZ
“Betul tu. Abah ceritalah lagi.”

MILA
“Hesh budak ni. Menyibuk je bila orang tua bercerita.”

CUT TO FLASHBACK

8 E. INT- RUANG TAMU-MALAM

SPLIT SCREEN

HAJAH SALMAH
“Hello assalamualaikum.”

MILA
“waalaikum salam. Mak ke ni.”

HAJAH SALMAH
“Ni mak Mila. Kamu sihat ke?”

MILA
“Alhamdulillah sihat mak. Hariz pun sihat. Mak nak cakap dengan Syuk ke?


HAJAH SALMAH
“Eh tak. Mak nak cakap dengan kamu.”

MILA
“Ye mak apa dia.”

HAJAH SALMAH
(sebak)
“Mak tau, jauh dari sudut hati kamu tu masih marahkan mak. Sudah-sudahlah Mila. Mak rindu kamu sekeluarga. Baliklah nak.”

MILA
(sebak)
“Saya tak berdendam dengan mak. Mak tetap mak abang Syuk dengan saya. Saya sedih mak masih tak dapat terima saya sebagai anak mak.”

HAJAH SALMAH
“Yang berlalu tu biarlah berlalu Mila. Mak dah tak fikir semua tu. Mak betul-betul nak korang bahagia je sekarang.”

MILA
“Insha Allah mak. Raya tahun ni kami balik ye. Mak jangan sedih-sedih. Nanti saya bagitahu abang Syuk.”

HAJAH SALMAH
“Terima kasih nak. Maafkan mak ye.”

MILA
“Mila dah lama maafkan mak. Sikit pun Mila tak berdendam dengan mak.”

HAJAH SALMAH
“Cucu mak sekarang umur berapa?”

MILA
“Hariz sekarang darjah satu dah. Muka sebiji ikut Syukri.”

HAJAH SALMAH
“Hahaha iye ke. Mak nak cakap dengan dia.”

MILA
“Hariz dah tidur dah. Esok dia sekolah kan. Kejap Mila panggilkan abang Syuk.”

Mila pun bergerak ke ruang tamu lalu menghulukan telefon pintarnya.

MILA
“Abang mak nak cakap.”

SYUKRI
“Hello mak. Assalamualaikum.”

HAJAH SALMAH
“waalaikumsalam. Syuk sihat?”

SYUKRI
“Sihat mak Alhamdulillah.”

HAJAH SALMAH
“Mak dah cakap dengan Mila. Tahun ni kamu boleh balik raya sini ye Syuk.

CU-Muka Syukri memandang Mila

Mila mengangguk.

SYUKRI
“Ye mak. Insha Allah kalau tiada halangan. Kami balik Tersang raya pertama ye.”

HAJAH SALMAH
“Alhamdulillah nak. Nanti kamu nak mak masak apa?”

SYUKRI
“Mestilah rendang daging. Dah lama Syuk tak rasa rendang mak.”

HAJAH SALMAH
“Ye lah. Nanti mak masak banyak-banyak ye.”

CUT TO PRESENT.

12.         INT - RESTORAN SEGERA KFC - WAKTU BERBUKA PUASA

Syukri sekeluarga berbuka puasa di restoran segera KFC seperti yang dijanjikan olehnya kepada Hariz.

HARIZ
“Sedapnya. Tak sabar Ariz nak tunggu buka puasa.”

BCU- AYAM KFC

MILA
“Lagi 5 minit. Sabarlah sikit.”


Syukri
“Rendang tokwan lagi sedap. Lagi sedap daripada ayam KFC ni.”

HARIZ
“Ye ke abah? Raya ni tokwan buat rendang tak?

SYUKRI
“Tiap tahun tokwan buat rendang. Nanti Ariz rasalah. Rendang daging tersedap di dunia.”

HARIZ
(teruja)
“Wah, betul ke mak!”

MILA
“Betul. Nanti dah sampai rumah tokwan suruh dia masak banyak-banyak. Cakap Ariz kuat makan.”

HARIZ
“Tak sabarnya nak sampai kampung.”

BUNYI AZAN INSERT

SYUKRI
“Baca doa Ariz.”

Hariz pun menadah tangan dan membaca doa makan dan doa buka puasa.

CUT TO FLASHBACK

8. F INT-RUANG TAMU-PAGI

ASYURA
(mengusik)
“Amboi mak. Tak pernah-pernah tukar sarung kusyen ni.”

HAJAH SALMAH
“Macam kau tak tahu. Abang kau nak balik raya ni.”

HAJI FUAD
“habis semua nak ditukarnya.”

HAJAH SALMAH
“Alang-alang abang dengan Syira tengah melenggang ni. Meh tolong cabut langsir.”

ASYURA
“Langsir pun nak tukar? Amboi raya sakan tahun ni.”


HAJAH SALMAH
“Dah jangan banyak cakap. Kalau tak sampai pergi ambil tangga dekat belakang.”

Asyura hanya menggeleng kepalanya dengan tersenyum. Dia pun bergerak ke belakang rumah untuk mengambil tangga.

HAJAH SALMAH
“Abang esok jadi ke keluar?”

HAJI FUAD
“Insha Allah jadi.”

HAJAH SALMAH
“Mah tak jadi rasanya tempah dekat Eton. Rasanya tahun ni kita beli baju siap la.”

HAJI FUAD
“Abang tak kisah.”

HAJAH SALMAH
“Ha nanti nak beli kuih raya sekali. Ingat nak beli jelah semua bang sebab tak larat nak buat dengan Syira.”

HAJI FUAD
“Tak kisahlah. Janji ada benda nak hidangkan bila orang datang.”

HAJAH SALMAH
“Abang jadi ke buat lemang dengan Atan?”

HAJI FUAD
“Insha Allah jadi. Tengoklah lusa nak cari buluh dekat hulu.”

Asyura pun tiba dengan membawa tangga.

HAJI FUAD
“Meh abah buat. Kamu pegang dari bawah.”

CUT TO PRESENT.

13.         INT- RESTORAN SEGERA KFC- MAGRIB

HARIZ
“Alhamdulillah. Kenyang dah.”

MILA
“Abang nanti kita solat dekat surau sini.”

SYUKRI
“Ha yelah.”

HARIZ
“Bila kenyang rasa ngantuk pula. Haha.”

SYUKRI
“Solat dulu. Nanti dalam kereta baru sambung tidur.”

HARIZ
“Ye abah.”

Selesai mereka sekeluarga menunaikan solat Magrib. Mereka meneruskan perjalanan ke Tersang.

CUT TO FLASHBACK

8. G EXT – KEDAI BAJU – TENGAH HARI

HAJAH SALMAH
“Syira cuba try baju ni. Muat tak?”

Sambil menghulurkan baju kurung.

ASYURA
“Tak lawa la warna ni mak.”

HAJI FUAD
“Pilihlah sendiri nak yang mana.”

HAJAH SALMAH
“Tengok belah sana pula kalau takde yang berkenan dekat sini.”

HAJI FUAD
“Jangan lama-lama sangat. Petang ni abah dah janji nak cari buluh dengan Atan.”

HAJAH SALMAH
“Habistu barang basah sempat tak beli harini.”

HAJI FUAD
“Kalau tak sempat, esok pergi lagi.”

HAJAH SALMAH
“Ha, yelah.”

ASYURA
“Mak ni lawa kan?”

Sambil menghulurkan baju kurung moden yang baru dicapainya.

HAJAH SALMAH
“Ha lawa tu. Try dulu muat ke tidak.”

CUT TO

8. I EXT – TENGAH JALAN RAYA – PETANG

CU- MUKA ORANG 1
SLOW MOTION

ORANG 1
“Nak tak apa-apa nak?”

Asyura mendengar pertanyaan itu samar-samar. Kepalanya pening. Matanya tidak mampu lagi untuk dibuka. Tudungnya pula berlumuran darah.

JUMP CUT TO.

8. J INT – HOSPITAL – MALAM
SPLIT SCREEN

DOKTOR 1
“Hello Asalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan En Syukri Bin Fuad?”

SYUKRI
“Ye saya sendiri. Boleh saya tahu siapa di panggilan?”

DOKTOR 1
“Saya wakil daripada Hospital Tersang. Saya hendak memberitahu bahawa En. Fuad dan Puan Salmah baru sahaja meninggal dunia kerana kemalangan. Mohon waris menuntut mayat di hospital.”

SLOW MOTION

Hati Syukri bagai tersentak. Telefonnya jatuh. Dia tidak mampu menerima apa yang terjadi.
Melihat keadaan suaminya itu Mila pun menghampiri dan mengambil telefon itu.

MILA
“Hello encik. Apa yang berlaku encik?”




DOKTOR 1
“En Fuad dan Puan Salmah telah meninggal dunia kerana kemalangan. Mereka menghembuskan nafas terakhir sewaktu perjalanan ke hospital.”

MILA
“Inalillah wa inalilah hirojiun.”

Mila tidak dapat menahan air matanya. Syukri terduduk mendengar perkabaran itu.

CUT TO PRESENT.

14.         INT – DALAM KERETA – MALAM

SYUKRI
“Sebab tulah abang ajak sayang balik harini. Mujur itu hanya mimpi.”

MILA
“Ya Allah bang. Besarnya dosa kita dengan mak ayah.”

Airmata Syukri jatuh. Menceritakan mimpinya membuatkan dia akur dan insaf.

CU- MUKA SYUKRI

SYUKRI
“Kejut Ariz. Kejap lagi dah sampai ni.”

MILA
“Ariz, bangun nak!”

Sambil mengejutkan anaknya.

HARIZ
(mamai)
“Ye mak. Dah nak sampai ke?”

MILA
“Ha ah.”

Tiba-tiba bunyi telefon Syukri berdering.

INSERT- BUNYI TELEFON

SPLIT SCREEN

ORANG 2
“Hello boleh saya bercakap dengan En Syukri bin Fuad?”

SYUKRI
“Ye saya sendiri. Siapa disana?”



ORANG 2
“Saya dari Hospital Tersang. Saya ingin memberitahu bahawa En. Fuad dan Puan Salmah baru sahaja meninggal dunia kerana kemalangan. Mohon waris menuntut mayat di Hospital Tersang.”

BCU- MATA SYUKRI

FADE OUT