foto by Naszrul Nizam |
2.0 SKRIP
FADE IN.
1. INT- BILIK TIDUR- PAGI
SYUKRI
“Astagafirullah
haladzim, ya Allah apa yang aku mimpi ni ya Allah”
Syukri terjaga
dari tidur. Satu badannya berpeluh. Dia sambil terduduk lalu mengelap peluh di
mukanya. Syida juga terjaga.
MILA
(suara mamai)
“abang kenapa ni?
Kenapa berpeluh-peluh ni?”
SYUKRI
Sambil mengesat
peluhnya
“abang mimpi
buruk.”
MILA
“mimpi apa?”
SYUKRI
“Nantilah abang
cerita.”
Jam penggera pun
berbunyi menunjukkan jam 4.00 pagi.
SYUKRI
(sambil mematikan
penggera telefon pintarnya)
“Dah
bangun-bangun. Siap-siap sahur.”
CUT TO.
2. INT-RUANG MAKAN- WAKTU SAHUR
MILA
(sambil mencedok
nasi ke pinggan suaminya)
“abang mimpi apa
malam tadi ceritalah. Badan awak sampai berpeluh macam tu.”
SYUKRI
“sayang, petang
ni kita gerak terus balik kampung boleh tak?”
MILA
(terkejut sambil
menghempas cedoknya)
“kenapa tiba-tiba
ni bang, kan tahun ni kita dah rancang nak balik rumah saya!”
SYUKRI
“Setiap tahun
balik rumah awak. Tak boleh ke tahun ni kita balik Tersang?”
MILA
(bangkang)
“kenapa tiba-tiba
ni bang. sebelum ni, tak pernah macam ni?”
Syukri tergamam
dengan pertanyaan Mila. Tunjukkan Syukri hanya terdiam, sementara Mila mula
berfikir bukan-bukan.
MILA
(pasrah)
“abang tak ingat
apa yang berlaku 7 tahun dulu?”
SYUKRI
“sebab perkara ni
berlakulah saya takkan biarkan jadi selamanya. Mereka tetap mak ayah saya.”
MILA
“tapi… saya malu,
bang….”
Syukri pantas memegang
tangan isterinya itu.
SYUKI
(suara memujuk)
“saya akan
pastikan mereka tak sakiti hati awak. Saya janji. Tapi, tolonglah kita balik
rumah mak.
Mendengar rayuan
suaminya itu membuatkan hati Mila luntur. Dia akhirnya akur dengan permintaan
suaminya itu.
HARIZ
(tertanya-tanya)
“abah, kita tak
raya kat rumah tokwan ke? Tersang tu kat mana abah?”
SYUKRI
“tahun ni, kita
raya dekat rumah tokmak ye sayang. Tersang tu dekat Pahang.
HARIZ
“ala, ariz nak
mandi sungai. Dekat rumah tokmak ada sungai tak abah?”
SYUKRI
“dekat rumah
tokmak ada air terjun. Lagi best. Nanti abah bawak Hariz.
MILA
“dah-dah, makan
nasi tu. Nanti adzan kang baru menyesal.”
Mila hanya
memerhati gelagat anaknya. Jelas perasaannya bercampur-campur. Dia masih
terkesan apa yang berlaku 7 tahun yang lalu.
CUT TO
3. INT- GARAJ-PAGI
Seperti hari-hari
biasa, sudah menjadi rutin Mila membebel di waktu pagi. Menyiapkan Hariz ke
sekolah adakalanya mengambil masa yang lama. Setiap hari ada sahaja perkara
yang tak kena.
MILA
“Ya Allah,
semalam baru mak buka stoking tu. Bau kedai lagi. Mana pergi sekarang?”
HARIZ
“tak tahulah mak,
hariz rasa orang curi.”
MILA
“Siapalah nak
curi stoking kau Hariz hoi. Lingkup mak hari-hari stoking baru. Ingat beli guna
daun ke?
Mila mencapai stoking baru
di almari kasut garajnya.
MILA
(sambil
menghulurkan stoking baru)
“Ni last hariz,
kalau hilang lagi nanti. Mak taknak beli dah. Biar pergi sekolah tak pakai
stoking.
HARIZ
“yela-yela”
CUT TO
4. INT- DALAM KERETA-PAGI
MILA
“Nanti waktu
tunggu mak dekat kantin tau. Jangan beli makanan dulu.”
Hariz leka dengan telefon
pintarnya.
BCU-
TELEFON
MILA
“Eh, dengar tak
mak cakap apa ni?”
HARIZ
“ye mak. Dengar.
Bawa lauk banyak sikit tau. Nanti ada kawan yang minta.
MILA
“ye nanti mak
bawa nasi lebih sekali.”
Tiba tiba Mila
melihat khemah perkahwinan sehala menuju ke sekolah hariz.
MILA
(vo)
“Siapa
yang kahwin tu.”
CUT TO FLASHBACK
5.
A INT - RUANG TAMU RUMAH MILA - SIANG
SYUKRI
“Mana
mak abah?”
HAJI FUAD
“Mak
kamu tak sihat. Dah-dah jangan hiraukan dia. Kamu ni lagi sejam lagi nak akad
nikah.”
SYUKRI
“Kenapa
mak buat Syukri macam ni abah!”
HAJI FUAD
“Dah
jangan fikirkan dia tu. Abah ada kat sini. Walauapapun terjadi kau tetap anak
kami Syuk.”
SYUKRI
“Syuk
tak sangka sampai macam ni mak sanggup buat dekat Syuk. Apa kurangnya Mila di
mata mak abah?”
Syukri
lantas memeluk abahnya. Dia tidak dapat menahan air mata yang bertakung di
matanya.
HAJI FUAD
“Sabarlah
nak. Abah bagi restu. Berbahagialah kamu berdua.”
CUT TO PRESENT.
4B. INT- DALAM KERETA-PAGI
HARIZ
“mak,
oh mak!”
Mila terjaga dari
angannya.
MILA
“Ye!”
HARIZ
“Dengar
tak Hariz kata apa tadi?”
MILA
“Ape
tadi mak tak perasan?”
CUT TO.
6. INT - RUANG TAMU - PETANG
Hajah Salmah
termenung ke luar tingkap. Fikirannya bercampur-campur. Namun hanya satu
perasaan yang jelas iaitu kerinduan terhadap anaknya.
Lalu didatangi
Asyura yang mencapai alat kawalan jauh televisyen.
ASYURA
(bunyi mengusik)
“amboi mak,
termenung sampai pecah tingkap tu. Apa lagi yang difikirkannya.”
HAJAH SALMAH
(gusar)
“Mak rindu abang
kau Syira. Bilalah dia nak balik lawat kita. Hmmm.”
ASYURA
(suara memujuk)
“Nanti Syira cuba
call abang long, mak janganlah sedih-sedih lagi.”
HAJAH SALMAH
“Mak tahu mak
penah buat salah Syira, tapi janganlah hukum mak macam ni.
Asyura mencapai
erat tangan ibunya itu dengan genggaman suam. Kehadiran Asyura di dalam
keluarga memang penawar hati Hajah Salmah walaupun mereka tiada ikatan darah. Haji
Fuad pula tiba dengan barang dapur yang dibelinya.
HAJI FUAD
(sinis)
“Alah, kau bukan
tak tau mak kamu ni Syira. Ego masing tahap dewa. Cubalah di telefon Syukri.
Kalau Mah yang call lembutlah hati anak tu.”
HAJAH SALMAH
“Eh abang,
salahkan kita pula. Dah lah Mah nak ke dapur nak masak untuk berbuka. Nanti
melopong pula takde makanan.”
HAJI FUAD
“Ha, elok la tu.
Syira ambil ni bawak pergi dapurr. Tolong mak kamu masak. Abah tak solat Asar
lagi.”
Asyura pun mencapai beg
plastic dari tangan ayahnya itu lalu bergerak ke dapur.
CUT TO.
7. INT - DALAM KERETA - PETANG
Syukri sekeluarga dalam
perjalanan pulang ke kampung.
MILA
(sambil bermain
telefon pintar)
“abang tak cerita
lagi apa yang abang mimpi malam tadi. Ni pun tiba-tiba balik kampung Mila tak
tahu kenapa.”
CUT TO FLASHBACK
8. A. INT-RUANG TAMU- TENGAH
HARI
HAJAH SALMAH
(mengeluh)
“Abang, Mah rindu
la anak-anak. Abang tak boleh pujuk mereka ke? Dah lama mereka tak balik. Mah
rindu cucu-cucu Mah.”
HAJI FUAD
(sambil menukar
siaran televisyen)
“Awak tulah, saya
dah cakap dulu. Biarkan aje mereka kahwin. Ini tidak, sibuk nak jodoh kan dia
dengan anak Ina tu. Mereka dah besar, bukan kecil lai awak nak jodoh-jodohkan.”
HAJAH SALMAH
“Alah bang, Mah
tahu Mah salah. Dulu kecil-kecil beria si Syukri bercinta dengan anak si Ina
tu. Mah pun memang dah berkenan lama. Abang bukan tak tahu Mah dengan Ina rapat
macam mana.”
HAJI FUAD
(meletakkan
remote kawalan jauh)
“tu waktu
kecil-kecil Mah, sekarang ni dah besar. Tengok lepas kamu merajuk kononnya
waktu kenduri, sekarang ni Syukri nak balik pun tak nak dah. Ha, padan muka
dengan kamu.”
HAJAH SALMAH
(mengeluh)
“yelah bang. Saya
yang salah dulu. Tak akan lah sampai sekarang mereka nak memendam rasa. Mah
rindu mereka bang. Abang cubalah pujuk si Syukri tu balik.”
HAJI FUAD
“Baiklah, nanti
abang call dia.”
CUT TO PRESENT.
9. INT - DALAM KERETA - PETANG
MILA
(tertanya-tanya)
“lepas tu, apa
yang jadi?”
HARIZ
(menyampuk)
“Mama, Hariz penatlah.
Haus.
MILA
“Abang jangan nak
mengada, dah darjah 1. Tak malu dengan Syafa ke anak cik Ani tahun lepas dia
puasa penuh.”
HARIZ
“Ala, Syafa tu
puasa setengah hari je. Dia bagitahu Ariz.”
MILA
“Lagi pun dah
petang ni, sayang kalau nak buka sekarang.”
SYUKRI
“Kalau abang
puasa penuh tahun ni, papa kan dah janji nak belikan basikal. Takpelah kalau
abang nak ponteng harini, tapi takde lah basikal ye.”
CUT TO FLASHBACK
8. B.
INT - RUANG TAMU - MAGHRIB, LEPAS BERBUKA
Sementara
menunggu Hajah Salmah dan Asyura bersiap untuk ke masjid, Haji Fuad cuba
menelefon anaknya Syukri. Berkali-kali juga Haji Fuad mencuba akhirnya
panggilan itu diangkat oleh Syukri.
HAJI FUAD
“Hello,
Assalamualaikum. Syukri ke ni?”
SYUKRI
“Waalaikum salam
abah Syukri ni. Ye abah ada apa?”
HAJI FUAD
“Kamu sihat Syuk,
Abah dengan mak rindu kamu sekeluarga. Mak kamu tu, tiap-tiap hari menungkan
kamu. Tahun ni tak balik juga ke?”
SYUKRI
“Alhamdulillah
sihat bah. Syuk tak tahu nak kata macam mana bah. Syuk takut mak tak boleh terima
lagi anak bini Syuk.”
HAJI FUAD
“Yang lepas tu
biarlah lepas Syuk. Dah bertahun kamu merajuk. Mak kamu tu rindu, cuma ego dia
tinggi nak call kamu. Kamu bukan tak kenal mak kamu macam mana.”
HAJAH SALMAH
“Bang, Mah dengan
Syu dah siap. Jom.”
Melihat Hajah
Salmah dan Asyura telah siap. Haji Fuad pun meletakkan telefon.
HAJI FUAD
“Ok Syuk, nanti
kita sembang lagi ya nak. Abah dengan mak kamu nak ke masjid. Asalamualaikum.”
SYUKRI
“waalaikum
salam.”
Hajah Salmah tertarik dengan
perbualan mereka.
HAJAH SALMAH
(tertanya-tanya)
“Syukri kata apa
bang? nak dia balik raya ni?”
HAJI FUAD
“Dia nak kamu
yang call dia. Dah-dah jom kita gerak dah lambat ni.”
Hajah Salmah
termenung seketika dengan kata suaminya itu. Perasaannya berbolak balik,
dapatkah perasaan rindunya mengatasi ego yang lama dia pendam.
CUT TO.
8.
C INT - RUANG TAMU - PAGI
Hajah Salmah
termenung sambil memegang telefon bimbitnya. Dia buntu dengan ego dan akhirnya
jari jemarinya menyentuh kaca layar telefonnya dan ralit mencari nombor Syukri.
Berkali-kali juga dia cuba membuat panggilan akhirnya diangkat oleh Syukri.
SPLIT SCREEN
HAJAH SALMAH
(nada kekok)
“Assalamualaikum,
ni Syukri ye?”
SYUKRI
“Waalaikumsalam,
ye mak. Syukri ni.”
HAJAH SALMAH
“Kamu sihat
Syuk?”
SYUKRI
“Alhamdulillah
sihat mak. Mak sihat?”
HAJAH SALMAH
“Macam ni lah
Syuk. Sihat-sihat tua.
Hajah Salmah tidak dapat
menahan air mata yang bertakung di matanya. Nadanya berubah sebak.
HAJAH SALMAH
(sebak)
“Baliklah nak,
apa yang fikirkan. Mak tahu mak salah, janganlah hukum mak macam ni Syuk. Dah
bertahun kamu merajuk ni.”
SYUKRI
“Maafkan saya
mak, saya takut mak tak dapat terima anak bini saya.”
HAJAH SALMAH
“Biarlah perkara
yang berlalu Syuk, mak nak kamu balik raya ni. Bawaklah menantu dengan cucu
mak. Mak dah tua Syuk, baliklah nak.
SYUKRI
“insha Allah Syuk
cuba bincang dengan bini Syuk. Dah mak jangan nangis dah.”
HAJAH SALMAH
“mak dah tak
kisah semua tu nak. Janganlah hukum mak macam ni.”
SYUKRI
“saya faham mak.
Saya juga sedih apa yang berlaku dulu.”
HAJAH SALMAH
“yang dah jadi
biarlah jadi nak. Walauapapun, kamu tetap anak kami.”
SYUKRI
“Maafkan Syukri
mak. Syuk usahakan balik raya tahun ni. Mak Syuk tengah kerja. Nanti Magrib
Syuk call balik ye.”
Sejurus selepas
Hajah Salmah meletakkan telefon, Asyura hanya memerhati dari jauh. Jelas
diwajahnya terpalit senyuman kesyukuran melihat ibunya begitu. Asyura pun
menghampiri ibunya dengan pura-pura tiada apa yang berlaku.
ASYURA
(tertanya-tanya)
“Mak call sape
tadi?”
Hajah Salmah mengesat air
matanya.
HAJAH SALMAH
“Abang kamu
Syira, insha Allah raya tahun ni dia balik.”
ASYURA
(nada teruja)
“Yeke mak.
Alhamdulillah, Allah makbulkan doa Syira hari-hari.”
HAJAH SALMAH
“Alhamdulillah.
Dah beli barang mak suruh tadi?”
ASYURA
“Dah ni ha. Ha,
tadi waktu Syira ke kedai Ragu, Syira jumpa Cik Eton. Dia mintak hantar kain
cepat sikit, takut tak sempat siap raya ni.”
HAJAH SALMAH
“Ya Allah, mak
betul-betul lupa. Ha, nanti mak bincang dengan ayah kamu bila nak keluar. Raya
tahun ni mak nak masak lebih sikit. Nanti kamu tolong ya.”
CUT TO PRESENT.
10.
INT
- DALAM KERETA - PETANG
Perjalanan menuju ke Raub
masih lagi jauh. Syurki leka menceritakan apa yang berlaku dalam mimpinya
membuat dia tiba-tiba ingin pulang ke kampung.
MILA
“entahlah bang.
Bila ingat balik apa yang berlaku 7 tahun lepas hati saya sakit bang. Sanggup
mak tak datang akad nikah kita sebab mak tak suka saya.”
SYUKRI
“Abang pun sedih.
Abang tak sangka mak nak macam tu sekali jodohkan abang dengan pilihan hati
dia.”
MILA
(bunyi mengusik)
“Yela, dulu bukan
awak ke kemain bercinta sakan dengan si Wada tu waktu sekolah. Haha.”
SYUKRI
“Tu waktu sekolah.
Sekarang dia pun dah kahwin dengan si Ramli tu. Kawan saya waktu main bola.
Haha.”
HARIZ
(menyampuk)
“oh, papa pun ada
awek waktu sekolah ye.”
SYUKRI
“Hai, menyampuk
pula budak ni. Tidur-tidur. Jauh lagi nak sampai.”
CUT TO FLASHBACK
8
D. INT-RUANG MAKAN-MAGRIB
Haji Fuad
sekeluarga sedang membuka puasa. Sedang asyik mereka menjamu selera Hajah
Salmah pun membuka bicara.
HAJAH SALMAH
“apalah agaknya
Syukri buka puasa harini ye bang.”
Asyura dan Haji
Fuad saling memandang antara satu sama lain.
HAJI FUAD
“Ha, mulalah tu.
Bila suruh call anaktu tak nak. Saya heran dengan kamu ni Mah.”
HAJAH SALMAH
“Saya dah call
semalam. Tapi itulah, dia tak janji boleh balik bang.”
HAJI FUAD
“Mungkin mengejut
sangat tu. Dia mungkin dah rancang balik rumah Mila.”
HAJAH SALMAH
“Bang, kalau kita
jenguk dia kat sana tak boleh ke?”
HAJI FUAD
“Eh, kamu ni.
Bukan abang taknak, anak awak tu sibuk memanjang. Lagi satu saya bukan tahu
sangat jalan bandar-bandar tu. Nanti tak pasal-pasal susahkan orang pula.”
Asyura memerhati air muka
ibunya berubah.
ASYURA
“Mak sedaplah
ayam masak merah ni. Nanti simpan sikit buat sahur boleh?”
BCU-
ayam masak merah
Asyura cuba menukar topik
perbualan.
HAJAH SALMAH
“takpe kalau ni
habis mak masak lagi sahur nanti.”
ASYURA
“Mak, kain baju
raya bila nak beli. Nanti tak berbaju pula raya nanti.”
HAJAH SALMAH
“Mak lupa ha
bang. bila nak keluar ke pekan? Marah pulak nanti eton hantar kain last minit.”
HAJI FUAD
“Sabtu depan kita
keluar pekan. Tahun ni abang pakat dengan Atan nak buat lemang.”
HAJAH SALMAH
“rendang pun kena
buat lebih sikit ni. Nanti ingatkan mak Syura listkan senarai barang kita nak
beli.”
CUT TO PRESENT.
11.
INT
- DALAM KERETA - PETANG
Perjalan menuju
ke Felda Tersang masih lagi jauh. Menceritakan mimpinya sedikit sebanyak
menghilangkan ngantuk Syukri memandu kereta.
MILA
“nanti kita
berbuka dekat mana bang?”
SYUKRI
“Entahlah yang.
Tengoklah nanti kedai makan mana-mana.”
MILA
“Ariz nak berbuka
apa?”
HARIZ
“Nak makan KFC.”
MILA
“Takde KFC-KFC.
KFC tutup.”
HARIZ
“Tadi mak yang
tanya. Bila jawab, tak boleh pula.”
SYUKRI
“Hahaha, yelah.
Kita berbuka dekat KFC.”
HARIZ
“Yeah!”
MILA
“Abang ni
manjakan sangat Ariz ni.”
SYUKRI
“Alah yang.
Sekali sekala. Bukan hari-hari kita makan luar ni.”
HARIZ
“Betul tu. Abah
ceritalah lagi.”
MILA
“Hesh budak ni.
Menyibuk je bila orang tua bercerita.”
CUT TO FLASHBACK
8
E. INT- RUANG TAMU-MALAM
SPLIT
SCREEN
HAJAH SALMAH
“Hello
assalamualaikum.”
MILA
“waalaikum salam.
Mak ke ni.”
HAJAH SALMAH
“Ni mak Mila.
Kamu sihat ke?”
MILA
“Alhamdulillah
sihat mak. Hariz pun sihat. Mak nak cakap dengan Syuk ke?
HAJAH SALMAH
“Eh tak. Mak nak
cakap dengan kamu.”
MILA
“Ye mak apa dia.”
HAJAH SALMAH
(sebak)
“Mak tau, jauh
dari sudut hati kamu tu masih marahkan mak. Sudah-sudahlah Mila. Mak rindu kamu
sekeluarga. Baliklah nak.”
MILA
(sebak)
“Saya tak
berdendam dengan mak. Mak tetap mak abang Syuk dengan saya. Saya sedih mak
masih tak dapat terima saya sebagai anak mak.”
HAJAH SALMAH
“Yang berlalu tu
biarlah berlalu Mila. Mak dah tak fikir semua tu. Mak betul-betul nak korang
bahagia je sekarang.”
MILA
“Insha Allah mak.
Raya tahun ni kami balik ye. Mak jangan sedih-sedih. Nanti saya bagitahu abang
Syuk.”
HAJAH SALMAH
“Terima kasih
nak. Maafkan mak ye.”
MILA
“Mila dah lama
maafkan mak. Sikit pun Mila tak berdendam dengan mak.”
HAJAH SALMAH
“Cucu mak
sekarang umur berapa?”
MILA
“Hariz sekarang
darjah satu dah. Muka sebiji ikut Syukri.”
HAJAH SALMAH
“Hahaha iye ke.
Mak nak cakap dengan dia.”
MILA
“Hariz dah tidur
dah. Esok dia sekolah kan. Kejap Mila panggilkan abang Syuk.”
Mila pun bergerak
ke ruang tamu lalu menghulukan telefon pintarnya.
MILA
“Abang mak nak
cakap.”
SYUKRI
“Hello mak.
Assalamualaikum.”
HAJAH SALMAH
“waalaikumsalam.
Syuk sihat?”
SYUKRI
“Sihat mak
Alhamdulillah.”
HAJAH SALMAH
“Mak dah cakap
dengan Mila. Tahun ni kamu boleh balik raya sini ye Syuk.
CU-Muka
Syukri memandang Mila
Mila mengangguk.
SYUKRI
“Ye mak. Insha
Allah kalau tiada halangan. Kami balik Tersang raya pertama ye.”
HAJAH SALMAH
“Alhamdulillah
nak. Nanti kamu nak mak masak apa?”
SYUKRI
“Mestilah rendang
daging. Dah lama Syuk tak rasa rendang mak.”
HAJAH SALMAH
“Ye lah. Nanti
mak masak banyak-banyak ye.”
CUT TO PRESENT.
12.
INT
- RESTORAN SEGERA KFC - WAKTU BERBUKA PUASA
Syukri sekeluarga
berbuka puasa di restoran segera KFC seperti yang dijanjikan olehnya kepada
Hariz.
HARIZ
“Sedapnya. Tak
sabar Ariz nak tunggu buka puasa.”
BCU-
AYAM KFC
MILA
“Lagi 5 minit.
Sabarlah sikit.”
Syukri
“Rendang tokwan
lagi sedap. Lagi sedap daripada ayam KFC ni.”
HARIZ
“Ye ke abah? Raya
ni tokwan buat rendang tak?
SYUKRI
“Tiap tahun
tokwan buat rendang. Nanti Ariz rasalah. Rendang daging tersedap di dunia.”
HARIZ
(teruja)
“Wah, betul ke
mak!”
MILA
“Betul. Nanti dah
sampai rumah tokwan suruh dia masak banyak-banyak. Cakap Ariz kuat makan.”
HARIZ
“Tak sabarnya nak
sampai kampung.”
BUNYI
AZAN INSERT
SYUKRI
“Baca doa Ariz.”
Hariz pun menadah
tangan dan membaca doa makan dan doa buka puasa.
CUT TO FLASHBACK
8.
F INT-RUANG TAMU-PAGI
ASYURA
(mengusik)
“Amboi mak. Tak
pernah-pernah tukar sarung kusyen ni.”
HAJAH SALMAH
“Macam kau tak
tahu. Abang kau nak balik raya ni.”
HAJI FUAD
“habis semua nak
ditukarnya.”
HAJAH SALMAH
“Alang-alang
abang dengan Syira tengah melenggang ni. Meh tolong cabut langsir.”
ASYURA
“Langsir pun nak
tukar? Amboi raya sakan tahun ni.”
HAJAH SALMAH
“Dah jangan
banyak cakap. Kalau tak sampai pergi ambil tangga dekat belakang.”
Asyura hanya
menggeleng kepalanya dengan tersenyum. Dia pun bergerak ke belakang rumah untuk
mengambil tangga.
HAJAH SALMAH
“Abang esok jadi
ke keluar?”
HAJI FUAD
“Insha Allah
jadi.”
HAJAH SALMAH
“Mah tak jadi
rasanya tempah dekat Eton. Rasanya tahun ni kita beli baju siap la.”
HAJI FUAD
“Abang tak
kisah.”
HAJAH SALMAH
“Ha nanti nak
beli kuih raya sekali. Ingat nak beli jelah semua bang sebab tak larat nak buat
dengan Syira.”
HAJI FUAD
“Tak kisahlah.
Janji ada benda nak hidangkan bila orang datang.”
HAJAH SALMAH
“Abang jadi ke
buat lemang dengan Atan?”
HAJI FUAD
“Insha Allah
jadi. Tengoklah lusa nak cari buluh dekat hulu.”
Asyura pun tiba dengan
membawa tangga.
HAJI FUAD
“Meh abah buat.
Kamu pegang dari bawah.”
CUT TO PRESENT.
13.
INT-
RESTORAN SEGERA KFC- MAGRIB
HARIZ
“Alhamdulillah.
Kenyang dah.”
MILA
“Abang nanti kita
solat dekat surau sini.”
SYUKRI
“Ha yelah.”
HARIZ
“Bila kenyang
rasa ngantuk pula. Haha.”
SYUKRI
“Solat dulu.
Nanti dalam kereta baru sambung tidur.”
HARIZ
“Ye abah.”
Selesai mereka sekeluarga
menunaikan solat Magrib. Mereka meneruskan perjalanan ke Tersang.
CUT TO FLASHBACK
8.
G EXT – KEDAI BAJU – TENGAH HARI
HAJAH SALMAH
“Syira cuba try
baju ni. Muat tak?”
Sambil menghulurkan baju
kurung.
ASYURA
“Tak lawa la
warna ni mak.”
HAJI FUAD
“Pilihlah sendiri
nak yang mana.”
HAJAH SALMAH
“Tengok belah
sana pula kalau takde yang berkenan dekat sini.”
HAJI FUAD
“Jangan lama-lama
sangat. Petang ni abah dah janji nak cari buluh dengan Atan.”
HAJAH SALMAH
“Habistu barang
basah sempat tak beli harini.”
HAJI FUAD
“Kalau tak
sempat, esok pergi lagi.”
HAJAH SALMAH
“Ha, yelah.”
ASYURA
“Mak ni lawa
kan?”
Sambil
menghulurkan baju kurung moden yang baru dicapainya.
HAJAH SALMAH
“Ha lawa tu. Try
dulu muat ke tidak.”
CUT TO
8.
I EXT – TENGAH JALAN RAYA – PETANG
CU-
MUKA ORANG 1
SLOW
MOTION
ORANG 1
“Nak tak apa-apa
nak?”
Asyura mendengar pertanyaan
itu samar-samar. Kepalanya pening. Matanya tidak mampu lagi untuk dibuka.
Tudungnya pula berlumuran darah.
JUMP CUT TO.
8.
J INT – HOSPITAL – MALAM
SPLIT
SCREEN
DOKTOR 1
“Hello
Asalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan En Syukri Bin Fuad?”
SYUKRI
“Ye saya sendiri.
Boleh saya tahu siapa di panggilan?”
DOKTOR 1
“Saya wakil
daripada Hospital Tersang. Saya hendak memberitahu bahawa En. Fuad dan Puan Salmah
baru sahaja meninggal dunia kerana kemalangan. Mohon waris menuntut mayat di
hospital.”
SLOW
MOTION
Hati Syukri bagai tersentak.
Telefonnya jatuh. Dia tidak mampu menerima apa yang terjadi.
Melihat keadaan suaminya itu
Mila pun menghampiri dan mengambil telefon itu.
MILA
“Hello encik. Apa
yang berlaku encik?”
DOKTOR 1
“En Fuad dan Puan
Salmah telah meninggal dunia kerana kemalangan. Mereka menghembuskan nafas
terakhir sewaktu perjalanan ke hospital.”
MILA
“Inalillah wa
inalilah hirojiun.”
Mila tidak dapat menahan air
matanya. Syukri terduduk mendengar perkabaran itu.
CUT TO PRESENT.
14.
INT
– DALAM KERETA – MALAM
SYUKRI
“Sebab tulah
abang ajak sayang balik harini. Mujur itu hanya mimpi.”
MILA
“Ya Allah bang. Besarnya
dosa kita dengan mak ayah.”
Airmata Syukri jatuh.
Menceritakan mimpinya membuatkan dia akur dan insaf.
CU-
MUKA SYUKRI
SYUKRI
“Kejut Ariz.
Kejap lagi dah sampai ni.”
MILA
“Ariz, bangun
nak!”
Sambil mengejutkan anaknya.
HARIZ
(mamai)
“Ye mak. Dah nak
sampai ke?”
MILA
“Ha ah.”
Tiba-tiba bunyi telefon
Syukri berdering.
INSERT-
BUNYI TELEFON
SPLIT
SCREEN
ORANG 2
“Hello boleh saya
bercakap dengan En Syukri bin Fuad?”
SYUKRI
“Ye saya sendiri.
Siapa disana?”
ORANG 2
“Saya dari
Hospital Tersang. Saya ingin memberitahu bahawa En. Fuad dan Puan Salmah baru
sahaja meninggal dunia kerana kemalangan. Mohon waris menuntut mayat di
Hospital Tersang.”
BCU-
MATA SYUKRI
FADE OUT
Best Online Casinos in USA - Lucky Club
ReplyDeleteLucky luckyclub Club Casino is a top online gambling site and can be found in the US. We list the top-rated online casinos in USA! · Casino LV Casino