Saudagar ilmu, banyak berliku...

Sunday, 2 April 2017

Citra Penulisan Skrip; HUJAN PASTI REDA

SINOPSIS
Mengisahkan Saufi yang dibesarkan di Abah dan Saimah kerana telah ditinggalkan oleh ibunya 18 tahun yang lalu. Setelah dewasa, dia tekad untuk mencari ibu kandungnya dan menerima baik ibunya. Sally, ibu kepada Saufi telah dihalau oleh Dato Jo 18 tahun yang lalu semasa sarat mengandungkan Saufi namun pernah dihalang oleh Nek Wah iaitu ibu kepada Dato Jo. Hal ini kerana Sally merupakan bekas pelacur. Datuk Jo tidak dapat menahan marah lantas hilang rasionalnya.
 Linda pula merupakan isteri kedua Dato Jo. Dia seorang yang sangat tegas dan antagonis. Linda pernah mempunyai sejarah hitam dimana dialah punca kematian Nek Wah. Walaupun itu bukan disengajakan Datin Linda, namun pertelagahan mereka berakhir dengan kematian Nek Wah. Peristiwa ini tidak diketahui oleh sesiapapun melainkan pembantu rumah mereka iaitu Biknab. Datin Linda mengugut Biknab supaya tidak memberitahu kepada sesiapapun. Jika tidak, keluarga Biknab di kampung akan diganggu. Akhirnya Biknab terpaksa akur dan menjadi orang kanan Datin Linda.
Hanya sepucuk surat yang ditinggalkan Sally sebagai petunjuk mengatakan bahawa Saufi merupakan anak kepada Datuk Jo iaitu ketua pengarah syarikat Gemilang yang merupakan syarikat kosmetik terulung di Malaysia. Pelbagai usaha dilakukan untuk bertemu ayah kandungnnya itu, namun usahanya sia-sia..
Setelah Saufi dewasa, Abah dan Saimah membawa Saufi ke rumah Datuk Jo. Malangnya hanya ada Linda disitu. Linda sangat terkejut melihat Saufi. Dia berasa terancam tentang kewujudan kembali anak muda itu. Dia takut segala harta syarikat Gemilang akan jatuh ke tangan Saufi.
Linda akhirnya merancang untuk menculik Saufi dan membunuhnya. Saufi diculik dan ditempatkan di sebuah gudang lama jauh ke pedalaman. Saufi dipukul setengah mati oleh orang suruhan Datin Linda. Perbualan Linda dan orang suruhannya di dengar biknab. Lalu biknab pun menelefon polis dan memberi tahu Datuk Jo tentang semua perkara termasuklah kematian Nekwah yang menjadi misteri. Linda dibawa ke balai polis untuk siasatan.
Saufi kini telah pulih sepenuhnya setelah dirawat beberapa hari. Dia tetap bertekad untuk berjumpa dengan ibunya. Datuk Jo pula menceritakan apa yang berlaku 18 tahun yang lalu. Datuk Jo mengaku salah dan berjanji kepada Saufi untuk mencari ibunya itu.
Setelah pelbagai usaha dilakukan Datuk Jo untuk menjejaki Sally. Akhirnya Sally Berjaya ditemui di kampungnya. Lebih menyayat hati Sally menghidap penyakit diabetes yang menyebabkan kedua belah matanya gagal berfungsi dengan baik. Sally dijaga oleh adiknya kandungnya.
Sally amat terkejut menerima kunjungan dari 2 orang lelaki. Dia hanya melihat samar-samar dan tidak begitu mengecam mereka. Salah satu daripadanya memeluk erat Sally sambil menangis teresak-esak. Barulah Sally dapat merasakan dialah Saufi yang merindukannya. Rindu akan hangat pelukan seorang ibu. Datuk Jo hanya melihat penuh penyesalan sambil menahan air mata yang bertakung di matanya.
Sally menyambut hangatnya pelukan anaknya itu dengan rasa bersyukur dan hiba. Dia bersyukur dapat ditemukan dengan anaknya sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir. Dia khilaf dengan Saufi atas perbuatannya 18 tahun yang lalu.





No comments:

Post a Comment